Syarat-syarat Penggunaan
Selamat datang ke AMAR Mall! Portal ini mempunyai terma penggunaan tersendiri. Dengan mencapai sebarang bahagian daripada portal ini anda dianggap menerima terma penggunaan, polisi dan garis panduan AMAR Mall.
Perilaku Dalam Talian
Pengguna bersetuju untuk menggunakan portal AMAR Mall untuk tujuan bukan menyalahi undang-undang. Pengguna ditegah daripada menghantar atau menyiarkan sebarang benda yang menyalahi undang-undang, yang berbentuk berbahaya, mengancam, ejekan, gangguan, fitnah, biadap, lucah, benda-benda yang berkaitan dengan seks, amalan karut, perkara yang membangkitkan kebencian, perkauman, atau perkara lain yang membangkitkan bantahan tidak terhad kepada bahan yang menggalakkan kelakuan yang menyebabkan kesalahan jenayah, menyusahkan orang awam, atau mencabul mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara, atau antarabangsa melalui AMAR Mall.
Sekiranya AMAR Mall mengenalpasti sebarang bahan yang didakwa melanggar perkara di atas, ia akan disiasat dan ditentukan dengan budi bicara sama ada untuk membuang bahan tersebut, mengarahkan pengguna terbabit membuangnya dari portal AMAR Mall. ataupun mengambil tindakan undang-undang. Dawama boleh menyiarkan kandungan atau sebarang bentuk komunikasi elektronik (a) untuk memenuhi keperluan atau kehendak undang-undang, peraturan, atau arahan kerajaan (b) Jika diperlukan untuk operasi Dawama.com; atau (c) bagi melindungi hak atau harta dan kakitangan, pengarah, agen, penyedia kandungan pihak ketiga, peniaga, penaja, pelesen atau pengguna lain.
Kandungan
Anda diingatkan bahawa kandungan di dalam lelaman ini adalah tertakluk di bawah akta hak cipta terpelihara. Justeru ia tidak boleh dipetik, disalin, diedarkan dalam segala cara melainkan dengan kebenaran bertulis dari Dawama. Dawama tidak pernah membenarkan penggunaan mana-mana bahan dalam lelaman yang melanggar hak pihak ketiga atau mana-mana syarikat yang berkerjasama dengan AMAR Mall.Imej yang terdapat dalam lelaman ini tidak boleh dijadikan harta atau digunakan tanpa kebenaran AMAR Mall. Penggunaan imej ini adalah ditegah melainkan jika mendapat kebenaran. Sebarang penggunaan imej tanpa kebenaran akan mencabuli undang-undang, undang hak cipta, undang-undang tanda dagang, undang-undang privasi dan publisiti, dan peraturan komunikasi serta undang-undang statut.
Penamatan Perkhidmatan
AMAR Mall boleh menggantung atau menamatkan keahlian dan kata laluan anda ke AMAR Mall -atas budi bicara tanpa sebarang notis. Penggangtungan dan penamatan akan dikuatkuasakan apabila AMAR Mall percaya bahawa anda telah melanggar dan bertindak tidak selaras dengan Syarat ini termasuk mencabul berkait dengan undang-undang atau mendatang keburukan terhadap kepentingan ke atas penyedia kandungan atau pengguna lain.
Akaun, Kata Laluan dan Keselamatan
Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan kata laluan dan akaun AMAR Mall anda adalah sulit pada setiap masa, dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti akaun anda.
Penafian
Anda sepenuhnya memahami dan bersetuju bahawa Impian Production yang mengendalikan AMAR Mall tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan anda ke atas Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS AVAILABLE"). AMAR Mall sepenuh-penuhnya dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan atau dilaksanakan. AMAR Mall tidak memberi jaminan bahawa (i) Portal AMAR Mall tidak terganggu dan bebas daripada kesalahan; (ii)kesahihan dan ketepatan isikandung, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material yang disediakan (iii) Portal AMAR Mall, perkhidmatan atau E-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan. Anda juga dingatkan bahawa AMAR Mall tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan portal oleh itu anda dingatkan sebarang material yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya dan bahawa anda akan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, atur cara komputer atau perkhidmatan AMAR Mall.
Conditions of Use |
Your IP Address is: 38.107.191.111

