Shipping & Returns

PENGHANTARAN DAN PEMULANGAN

Polisi Penghantaran - Umum
Kami menggunakan perkhidmatan POS Malaysia Berdaftar untuk semua penghantaran domestik dan antarabangsa. Sila layari www.pos.com.my untuk maklumat lanjut.

Caj pembungkusan penghantaran adalah mengikut kadar yang ditetapkan mengikut zon kawasan penghantaran Pos Malaysia. Penghantaran dengan kadar yang disediakan adalah untuk pesanan sekitar Semenanjung Malaysia, Sabah, Serawak,dan Singapura sahaja.

Penghantaran akan dibuat terus dari pejabat Impian Production yang bertempat di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Proses penghantaran bermula dari penerimaan resit Bank Transfer yang diemel ke mall@amar.com.my.

Anda akan menerima emel pemberitahuan beserta kod rujukan sebaik sahaja penghantaran POS Berdaftar bermula dan semakan boleh dilakukan melalui laman web www.pos.com.my

Bagi penghantaran produk komputer, sebaik sahaja pihak kami menerima bayaran dari anda, kami akan memaklumkan kepada pengeluar komputer untuk menyediakan pesanan anda tersebut. Pihak pengeluar komputer akan menghubungi anda selewat-lewatnya dua hari dari tarikh bayaran diterima untuk membuat temujanji bagi urusan penghantaran terus ke premis anda. Penghantaran terus ini terhad di kawasan Lembah Klang, Selangor, N.Sembilan dan Melaka sahaja. Sekiranya anda berada di luar kawasan-kawasan tersebut, sila hubungi kami melalui e-mel mall@amar.com.my untuk tindakan lanjut.

Penghantaran dan Tempoh Masa
Semenanjung Malaysia, Sabah, Serawak, Brunei dan Singapura: Penghantaran akan dibuat ke lokasi berikut dengan anggaran tempoh masa mengikut destinasi penghantaran seperti yang terdapat di laman web POS Malaysia .

Penghantaran Cepat: Untuk penghantaran cepat - 24 jam, POS Laju atau perkhidmatan lain, anda perlu membuat permintaan melalui emel mall@amar.com.my atau melalui sms di  dan anda akan diberitahu untuk arahan selanjutnya.

Penghantaran Antarabangsa
Buat masa ini, anda bolehlah emel mall@amar.com.my untuk maklumat dan arahan selanjutnya.


Polisi Pemulangan - Umum
Pemulangan dan pertukaran perlu disahkan oleh Pengurus Jualan. Anda boleh berhubung melalui email mall@amar.com.my.

Semua tuntutan kredit, kekurangan dan:atau kerosakan perlu di tempatkan dalam masa tujuh hari dari tarikh terima barang atau produk.

Barangan yang dipulangkan kepada AMAR Mall haruslah di dalam bentuk boleh jual, kecuali terdapat kerosakan pada barangan sewaktu penghantaran kepada anda.

Pemulangan Oleh Pelanggan
Kos penghantaran untuk setiap pemulangan atau pertukaran kekal di bawah tanggungjawab pelanggan, kecuali barangan yang dipulangkan itu adalah disebabkan oleh kesilapan daripada pihak kami atau barang tersebut rosak.

Hantar pemulangan kepada:

Impian Production (AMAR Mall),
R4-4-402, Pangsapuri Sri Meranti,
Persiaran Meranti,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.


Sila Nyatakan: pulang wang atau tukar barang pada bungkusan pemulangan.

Pulang Wang atau Tukar Barang
Pemulangan semula wang atau pertukaran barang adalah berdasarkan nilai barangan tersebut ketika pembelian dibuat. Bayaran pembungkusan dan penghantaran tidak akan dipulangkan kecuali barangan tersebut rosak atau kami tersalah hantar.

Proses pemulangan wang atau pertukaran biasanya mengambil masa antara 5 hingga 7 hari bekerja dari tarikh terima barang.

Back
Your IP Address is: 38.107.191.110
Copyright © 2010 Zen Cart. Powered by Zen Cart