UTAMA  |  PETA LAMANHUBUNGI KAMI

 

SENI KATA @ LIRIK
 
BICARA RASA

INILAH BICARA RASA BUAT PENYEMPURNA TAKLIF
INGAT BERINGAT TERINGAT KUNCI PUITIS
YANG BERLINGKUNG DI SUDUT KEHIDUPAN MANUSIA

SAYANG KASIH RINDU KATA-KATA INDAH
FITRAH KELUHURAN HATI SEMATKANLAH SEBAIKNYA
KAU TAK AKAN MENYESAL

BERMULA SEMBILAN BULAN
KEJENUHAN IBUNDA DAN RAMANDA
BERKAIS DEMI SESUAP KURNIA
MENCETUS KAMILNYA INSAN DI DUNIA

APAKAH SUAKA NAN INDAH INI
DAPAT MENJADI SUATU MAJAZ DAN KINAYAH
YANG MAMPU MENGUBATI KELARAAN HATI
APA TERGAMAKKAH LENTERA
YANG DIKIASKAN ITU DI PERSALAHKAN
SEDANGKAN KAU DIBATASI KEKURANGAN

MAKA LETAKLAH SESUATU PADA TEMPATNYA
SEPERTI BERPEGANG PADA TALI YANG SATU
SEPERTI INSAN BERPAGI YANG TIDAK AKAN KEPAPAAN
MOGA LAHIR TAUTAN SYAHDU BAK HARUMAN ISTANGGI
DIKALA KEKUSUTAN

LAGU:AMAR
LIRIK:AMAR











 

IMPIAN PRODUCTION 2006
HAK CIPTA TERPELIHARA