Anda mungkin tidak menjadi jutawan
dengan memiliki DVD ini. Tetapi 100% pasti, anda akan menjadi orang yang hebat,
dikagumi dan disanjungi kerana mempelajari serta memiliki kemahiran luar biasa
yang tidak dimiliki oleh orang lain.
“ Silap Mata AMAR Memukau” -Utusan Malaysia-
“Silap Mata AMAR Dapat Mengasah
Minda” -Harian Metro-
“ Kebolehan Silap Mata AMAR Begitu
Menakjubkan” -Sinar Harian-
KANDUNGAN SILAP MATA HEBAT YANG DIAJAR
DI DALAM DVD INI
1. PEN PSIKIK BERDIRI
Pen biasa diletakkan tapak tangan anda.
Selepas menjampi, pen tersebut berdiri dengan sendiri tanpa menggunakan
sebarang bantuan tali atau pun benang.
2. DADU AJAIB
Titik angka pada dadu boleh berubah-ubah
sesuka hati dengan ajaib.
3. SYILING BERTUKAR MENJADI LIPAS
Anda meminjam syiling dari sesiapa
sahaja dan dengan spontan mengubahnya menjadi lipas secara ajaib. Silap mata
ini sesuai untuk mengusik perempuan!
4. KAD TERUP MUNCUL DI UDARA
Tangan anda hanya memegang sekeping kad
terup. Anda menunjukkan keseluruhan bahagian tangan anda tidak disembunyikan
sebarang kad terup yang lain. Setelah membuang kad itu, anda dapat mengeluarkan
banyak kad terup dari tangan anda yang kosong bertalu-talu.
5. MEMBENGKOKKAN ANAK KUNCI
Silap mata minda(Mentalism). Anak kunci
dipinjam daripada penonton. Kemudian anak kunci dapat dibengkokkan setelah anda
mengusapnya dengan jari secara lembut.
6. MENUSUK SYILING DENGAN JARI HINGGA
BERLUBANG
Anda meminjam syiling daripada sesiapa
sahaja dan tiba-tiba anda menusuk syiling tersebut hingga tembus menggunakan
jari telunjuk dengan menggunakan kuasa ajaib. Boleh serahkan syiling berlubang
tersebut kepada penonton untuk diperiksa.
7. PEN MENEMBUSI MATA DAN KELUAR MELALUI
MULUT
Anda memasukkan pen melalui mata dan
mengeluarkannya semula melalui mulut.
8. MEMBENGKOKKAN SYILING
Syiling dipinjam daripada rakan dan anda
membengkokkannya di hadapan rakan. Boleh serahkan syiling bengkok tersebut kepada
rakan anda untuk diperiksa.
9. PUTIK KAPAS MENEMBUSI ANTARA SATU
SAMA LAIN
2 putik kapas dapat menembusi antara
satu sama lain secara ajaib. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja dalam jarak
yang sangat dekat.
10. SYILING HILANG DI TANGAN DAN MUNCUL
MELALUI MULUT
Syiling dipinjam daripada penonton dan
anda menghilangkannya di dalam genggaman tangan. Kemudian ianya muncul semula
melalui mulut secara ajaib.
11. STRAW MENEMBUSI DAGU
Sedang anda minum di kedai, anda
mengambil straw lalu menikam bawah dagu anda menggunakan straw tersebut. Ianya
menembusi hingga ke dalam mulut. Mulut anda dibuka untuk membuktikan bahawa
straw tersebut betul-betul tembus hingga ke dalam mulut.
12. SYILING HILANG DI TANGAN ORANG LAIN
Syiling dipinjam daripada penonton dan
diletakkan di atas tangan penonton. Syiling tersebut anda hilangkan sekelip
mata.
13. TELEPATI TUDUNG PEN MARKER
Tudung pen marker disarungkan pada jari
telunjuk anda. Setelah anda mengambilnya semula, ianya berkali-kali muncul
semula pada jari telunjuk secara ajaib.
14. SYILING MUNCUL BANYAK DARI TANGAN
YANG KOSONG
Dengan tangan yang kosong, anda dapat
mengambil banyak syiling dari udara.
15. MENCUCUK LIDAH DENGAN BESI
Anda dapat mencucuk lidah anda dengan
besi yang keras sehingga tembus.