|
KONSEP
AMAR selaku penerbit albumnya sendiri mengetengahkan
konsep muzik dan lagu yang sederhana dan dapat mendamaikan jiwa
agar dapat diterima ramai khususnya untuk seisi keluarga.
Lagu-lagu yang terkandung di dalam album beliau kebanyakannya
bertemakan kasih-sayang sama ada kasih sayang di antara makhluk
dan Pencipta atau kasih sayang sesama manusia.
Dari segi penampilan dan persembahan pula, AMAR
membawa suatu kelainan dari segi penggunaan secara optimum
bakat-bakat yang beliau miliki dengan melakukan sedikit gimik
‘magic show’, persembahan ‘live instrument’ dan memberi input
ilmiah kepada penonton selain persembahan nyanyian.
Kesederhanaan menjadi tema penampilan beliau sebagai
seorang artis solo nasyid yang membawakan lagu-lagu yang
berbentuk dakwah dan bermesej. Kelainan lenggok suara beliau
menambahkan lagi keserasian konsep lagu dan muzik yang
diketengahkan.
Dengan ini, sesuailah untuk kita namakan konsep yang
dibawakan oleh AMAR sebagai ‘Song of Nature’ yang melambangkan
kesederhanaan, kedamaiaan dan semulajadi.
|